Berita yang sama, kenyataan yang berbeza.
Dr utusan malaysia:SHAH ALAM 25 Nov. - Bimbang dengan pengaruh yang semakin merosot, kerajaan Selangor telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta.
Langkah itu diambil kononnya kursus tersebut didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, surat arahan kepada semua jabatan, IPT serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri akan dikeluarkan segera.
"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinisasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecah belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama.
"Peserta kursus juga dilaporkan diberi risalah mengandungi pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kebencian kepada pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Kerajaan Selangor hari ini berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh menghapus keyakinan rakyat terhadap kerajaan pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP ekoran beberapa kejadian yang gagal di tangani dengan sebaiknya.
Ia termasuk isu pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini yang membawa kepada insiden kepala lembu dan isu mengembalikan semula arak yang telah dirampas oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.
Halimah menjelaskan, antara institusi pengajian milik kerajaan negeri yang tertakluk kepada arahan tersebut ialah Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta Kolej Antarabangsa Inpens termasuk Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS).
Katanya, antara anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Beliau menambah, kursus tersebut sepatutnya digantikan dengan kursus yang mampu memupuk perpaduan di kalangan rakyat negeri ini.
Dari Berita Harian:SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik penuh kerajaan negeri mengikuti kursus atau program dikendalikan Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata arahan itu dikeluarkan kerana kursus BTN sekadar 'sesi membasuh otak' yang sengaja diada-adakan Barisan Nasional (BN) tanpa memberi kebaikan kepada peserta.
Dr Halimah berkata, kursus BTN itu tidak relevan kerana didakwa menjadi tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan rakyat.
"Oleh itu kita membuat keputusan semua pelajar di pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan anak syarikat kerajaan negeri tidak dibenarkan menghadiri kursus ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.
Dr Halimah berkata, surat pekeliling mengenai arahan itu akan diedarkan kepada semua pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri, GLC dan anak syarikat kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.
Pusat pengajian tinggi yang terbabit dengan arahan itu ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis), Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Antarabangsa Inpens dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.
Tahniah utusan malaysia kerana telah mengolah berita tersebut dengan jayanya. Mungkin ramai kakitangan nya yang bijak menokok tambah dalam kenyataan yang dibuat d akhbarnya. Tidak hairan lah bilangan pembacanya semakin merosot saban hari. Kenapa tidak bersikap profesional, sedangkan ianya adalah akhbar nasional? Sy mencadangkan agar syarikat2 akhbar di Malaysia menubuhkan suruhanjaya sperti SPRM, supaya tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. (betulkah SPRM tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak??? Ask urself..
Berlaku perdebatan menarik... minda mahasiswa berkongsi pandangan... Antaranya:
“Barangsiapa yang tidak memutuskan (memerintah, menghukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al Maidah Ayat 44)
Terjemahan bahasa Inggeris Surah Al Maidah, Ayat 44 ini agak lebih jelas lagi :”Those who do not rule by what Allah has revealed are disbelievers (kafiroon).” ... Read More
Politik suku, agama suku bermaksud mengasingkan urusan politik dan agama. Kalau bab perintah negara, x leh cmpur agama... Kalau bab agama, x leh msuk politik... Kalau cm 2, smpai bila pn, hukum Allah yg dpt dlm quran x dpt nk jalan...
kt cni xda umno, xda pmbgkang ek.. kta nk b'diskusi je..
Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi, dalam ilmu tauhid Uluhiyyah (Ibadah), salah satu dari syirik akbar yang halus dan tidak disedari adalah mengambil selain dari Allah SWT sebagai penggubal undang-undang. Melaksanakan hukum-hukum Allah SWT seperti menguatkuasakan hukum hudud dalam pemerintahan adalah suatu ibadah yang dimestikan atau dituntut. Oleh demikian tidak boleh sama sekali dalam Islam, dikatakan politik dan agama itu berasingan. Malah menguatkuasakan hukum-hukum yang digubal oleh manusia dan mengenepikan hukum hudud serta mengenepikan syariat Allah dalam menyusun segala urusan kehidupan adalah perbuatan mempersekutukan Allah SWT, iaitu kesalahan syirik akbar yang tidak akan diampun samasekali oleh Allah SWT. Orang-orang islam pun yang melakukan syirik akbar akan mati sebagai kafir dengan dimasukkan ke dalam neraka jahanam untuk selama-lamanya....
Memangnya kita punyai mahkamah syariah, tetapi mahkamah ini adalah untuk mengabui mata. Ianya bertaraf rendah berbanding dengan mahkamah sivil. Dan mahkamah syariah ini pula tidak berkuasa membicarakan kes-kes jenayah. Bukan sahaja kuasa mahkamah syariah terbatas, tetapi hukuman bagi kesalahan seperti khalwat dan zina pula tidak berdasarkan denda yang ditetapkan oleh Allah SWT kerana telah diubah kepada ringgit dan sen...... Read More
Dlm quran pn ad sbut : "masuklah kamu ke dlm Islam scara keseluruhan"...(baqarah)
jgn bab puasa, ikut quran.. bab hudud x nk ikut...
bab solat ikut quran.. aurat x nk tutup... guane ni??
Kita lihat dalam hal ini UMNO bukan sahaja menentang pelaksanaan hukum hudud tetapi telah memperlekeh dan menjadikan hukum hudud itu bahan ejekan hinggakan pemimpin-pemimpin kafir seperti Ling Liong Sik, Samy Vellu dan Lim Kheng Yaik telah tumpang sekaki dalam mempersendakan hukum hudud. Kita telah melihat bagaimana kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO dengan tegas telah menyekat hukum hudud dari dilaksanakan oleh kerajaan PAS (BA) di Kelantan dan Terengganu dengan ugutan akan mengambil tindakan ketenteraan keatas Kelantan dan Terengganu sekiranya hukum hudud dilaksanakan.... (Kalau x nk hudud, jgn la smpai perlekeh hukum Allah)
Berkenaan hudud gak, we must bear in mind, hudud for islam only.. penganut agama lain bebas nk pilih nk ikut hukum hudud atau tidak...
Berkenaan isu kartikha: ad dlm khutbah raya terbitan jakim baru2 ni.. "Namun apa yang mendukacitakan mimbar, walaupun lebih 52 tahun kita mencapai kemerdekaan tetapi pemikiran kita masih lagi dijajah oleh nafsu dan pemikiran barat. Pengaruh nafsu pemikiran Barat ini menyebabkan kita masih tidak yakin, dan was-was tentang hukum Allah, mempunyai sifat ‘imperioriti kompleks’ iaitu bersifat malu, rendah diri, hina kendiri atau menganggap hukum Allah menzalimi manusia atau melanggar hak asasi manusia.
... Read More
Persoalan besar yang timbul ialah mengapa setiap kali tercetusnya kes-kes yang berkaitan hudud dan Mahkamah Syariah isu ini sering diperbesarkan di seluruh negara. Walhal isu kes merotan dan sebat sudah lama dilaksanakan di penjara-penjara seluruh negara, tetapi tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikannya. Malangnya apabila isu ini dikaitkan dengan Islam, berduyun-duyun puak bernafsu pemikiran Barat yang tidak menyenangi Islam ini menghina
Islam dan Mahkamah Syariah."
Sama2 fikirkan.. (kalau x percaya, rujuk khutbah raya jakim : Aidilfitri kemenangan hukum Allah)
Abdul Rahman Shahbtul la gak, tu la sya ckp rkyt xeducated psl mende2 agama ni, rmi yg dpt A time spm, tp kt luar xttp aurat gk, gi clubbing gk, ni sume perlukan kesedaran masing2, klu yg ade kesedaran tu, jgn obses sgt, jd neutral, bru org ramai akn suke, bru org akn trime pndgn kta, cmne nk educate rkyt mlysia tu, xtau la, wt msa skng, sya pn xdpt pape idea pn, ... Read Morecmne nk sedarkn org, nk tkr perlembagaan, nk tkr kerajaan sume, tu sume akn mengambil masa..... karpal singh da mengkaji al-muattok, nk tau sal fikh n usul fikh sume, n die sndri menolak hukum hudud, nape? sbb dorg xfhm islam, jakim n kengkwn die dok saje tngkp org wt maksiat je, pas pn PR(public relation) dorg xbgs, so cmne nk btulkn ni sume? ak xtau la, maybe akan ade org yg berfikir, klu bkn skng, dlm 10-20 thn lgi tok selesaikan hal ini........... sme2 kta berharap, ni jela yg bleh sye ckp, xeducated, xde kesedaran, n xbrani wat sesuatu, n xramai n berfikir scara mendlm, ok, ni jela yg bleh dikatakan, hrp sya n pihak2 laen dpt blaja dr pandangan masing2
p/s: Banyak lg sbnr nye..tp x larat nk copy..ckup la skdr prkongsian... xde kaitan ngan mane2 parti politik pn...cuma minda mahasiswa yg suka berbincang because we are the leader in the future... Untuk bab hudud, cuba rujuk link ni: http://tersusun.blogspot.com/2008/12/kesan-perlaksanaan-hukum-hudud-kepada.html